Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Maka datang lagi bulan yang mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di muka bumi ini. Dengan kedatangan bulan ramadhan ini kita sekali lagi dituntut untuk menjalankan ibadah puasa yang sempurna daripada semua segi. Bagi yang menjalankan tugas seperti kita yang berdapan dengan keadaan cuaca yang kadangkala terlalu perit kepanasan namun cabaran sebegitu telah menjadi satu perkara biasa buat kita, walaupun kita akan berdepan dengan berbagai cabaran sudah pastinya kita dapat terus bertahan untuk menjalankan ibadah puasa kita sehingga saat kita berbuka puasa. Dengan ini saya disini mengucapkan kepada semua ahli-ahli KELAB DESPATCH SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA....

Monday, August 9, 2010

PERTANDINGAN BOWLING KDBP 2010.



Pada 7hb. Ogos, 2010 yang lepas telah berlangsungnya pertandingan bowling Kelab Despatch Batu Pahat, Johor yang diadakan di BP Mall jalan kluang. Seramai 44 orang peserta mengambil bahagian didalam pertandingan itu, apa yang menariknya didalam pertandingan yang pertama kalinya diadakan ini adalah dengan disertai daripada ahli-ahli kalangan wanita dan pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana dapat memberi sokongan dengan menjadi peserta di dalam pertandingan ini.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu Individu daripada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat akan menerima piala dan bagi kategori Kumpulan pula hanya Johan sahaja yang dipilih dan akan menerima hamper. Peserta-peserta akan bermain sebanyak 2 game dan bagi menentukan pemenang untuk kedua-dua kategori ini dengan cara kiraan mata yang tertinggi.

Tepat jam 4-00 petang pertandingan tersebut telah diresmikan oleh Presiden Kelab Despatch Batu Pahat, Johor iaitu saudara Mohd Nazir Bin Abd Majid dan pertandingan berakhir pada jam 6-00 petang. Johan pertandingan bowling ini telah dimenangi saudara Mohd Farad daripada Bank Islam dengan mendapat mata pada set pertama sebanyak 144 dan bagi set kedua pula beliau mendapat 178 , jumlah keseluruhan mata beliau adalah 322 mata. Bagi tempat Naib Johan dan tempat ketiga pula terpaksa ditentukan dengan lambungan duit syiling kerana mata keseluruhan saudara Azlan Karsin dan saudara Anuar adalah sama iaitu 308 dan apabila lambungan selesai dijalankan tempat Naib Johan telah dimenangi oleh saudara Azlan Karsin daripada AM Bank, dan tempat ketiga telah dimenangi oleh saudara Anuar daripada ABX dan tempat keempat pula telah dimenangi oleh saudara Nizam daripada K.K.Lim & Associates. Dan bagi kategori Kumpulan pula telah dimenangi oleh saudara Roy, Nizam, Alfian dan Mohd Farid mereka mendapat mata keseluruhan sebanyak 1058.

Bagi peserta-peserta yang tewas juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana pihak pengajur telah memberi cendera hati pada setiap seorang bagi tanda terima kasih daripada pihak penajur. Daripada tinjauan pihak penganjur, semua peserta-peserta rasa sungguh seronok, gembira dan puas dengan pertandingan yang telah diadakan dan malah ada yang mencadangkan agar pertandangan ini diadakan pada setiap tahun.





Sunday, August 1, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN KDBP DENGAN PASUKAN BANANG BAWAH 19 TAHUN.


Sebelum berlangsungnya pertandingan bowling pada 7-8-2010 ini, pasukan bola sepak KDBP telah mengadakan satu pertemuan dengan pasukan bola sepak Banang bawah 19 tahun semalam di padang stadium Jalan Ampuan Batu Pahat jam 5-30 petang dengan keputusan KDBP 7 Banang Bawah 19 tahun 2. Jaringan-jaringan gol pada separuh masa pertama telah dilakukan oleh Khairul, Fendi dan Hafiz, pada separuh masa ke dua pula jaringan gol di lakukan oleh Hafiz, Azlan, Khairul dan Suzizul Hoqim Mohamad.