Wednesday, July 14, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA KMDBP DAN PEJABAT KADI BATU PAHAT.



Pada 13hb. Julai, 2010 yang lepas pasukan bola sepak Kelab Mat Despatch Batu Pahat telah bertemu dengan pasukan bola sepak Pejabat Kadi Batu Pahat di padang stadium Jalan Ampuan Batu Pahat. Pada perlawanan kali ini jurulatih pasukan KMDBP telah menurunkan pemain-pemain ke sebelasan utama untuk menghadapi pasukan daripada Pejabat Kadi namun apa yang lebih istimewa adalah pasukan bola sepak KMDBP buat pertama kalinya menyarungkan jersey berwarna biru gelap dan seluar berwarna merah putih yang baru ditaja oleh seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai 1 three eight.

Dengan penuh semangat pemain-pemain bermain bersungguh-bersungguh untuk membuktikan kepada penaja bahawa pasukan bola sepak KMDBP boleh menjadi yang terbaik di dalam daerah ini. Dengan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi maka pasukan bola sepak KMDBP telah berjaya menumpaskan pasukan bola sepak Pejabat Kadi dengan 6 gol tanpa balas. Jaringan telah dilakukan pada masa pertama oleh saudara Apis dan saudara Salleh dan pada masa kedua pula jaringan telah dilakukan oleh saudara Khairul Azry Karsin, Izwan Reza Rahmat, Azlan Karsin dan saudara Suzizul Hoqim Mohamad.

Kami di pasukan KMDBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja 1 three eight yang telah menaja jersey bola sepak kami, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH TAJA LAGI.



Saturday, July 10, 2010

"MEMARTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


"MEMERTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


Pada 10 Julai 2010 satu sejarah baru telah tercipta di bumi Batu Pahat apabila dengan julung-julung kalinya despatch-despatch daerah Batu Pahat telah bersatu dan membentuk kelab dan juga jawatankuasa untuk menerajui kelab. Pemilihan jawatankuasa adalah melalui pilihanraya dan Alhamdulillah pilihanraya tersebut telah berjalan dengan lancar.

Majlis yang bermula pada pukul 2.45 petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Penaja kelab iaitu saudara Fahmy. Sedikit sebanyak saudara Fahmy telah menceritakan tentang asal-usul kelab ini yang bermula dengan nama Persatuan Kakitangan Firma Guaman Batu Pahat. Oleh kerana pada hari ini ahli-ahli bukan sahaja terdiri di kalangan despatch-despatch guaman sahaja maka nama baru telah diberikan dan majlis telah bersetuju untuk menamakan kelab ini sebagai Kelab Mat Despatch Batu Pahat. Hadirin dimaklumkan matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menyatupadukan golongan yang berkerjaya sebagai despatch runner disamping menjaga sedikit sebanyak kebajikan ahli-ahli seandainya berlaku pekara yang tidak diingini.

Hasil daripada penamaan calon pada minggu-minggu yang lepas maka nama-nama yang layak bertanding telah diumumkan sekali lagi dalam majlis, akan tetapi disebabkan ketidakhadiran pencabar jawatan Presiden iaitu saudara Jemalizul maka Jawatankuasa Penaja Kelab yang diterajui oleh saudara Fahmy telah memutuskan jawatan untuk Presiden telah dimenangi oleh saudara Mohd. Nazir. Untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Biro Sukan dan Bendahari pengundian telah dijalankan untu k mencapai kata putus dan keputusan akhir untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan jatuh pada saudara Izwan Reza sebagai Naib Presiden menewaskan saudara Aziz. Jawatan Ketua Biro Sukan pula dimenangi oleh saudara Jalil menewaskan saudara Nazaruddin manakala jawatan Bendahari pula diungguli oleh saudara Alfian menewaskan dua pencabar lain iaitu saudara Nasir dan saudara Izwan Reza.

Di majlis itu juga Jawatankuasa kelab yang baru telah berbincang dan mencapai kata putus untuk melantik saudara Mohd. Fahmy sebagai Setiausaha kelab. Jawatankuasa juga telah melantik lima orang sebagai Ahli Jawatankuasa. Nama-nama mereka ialah saudara Hairul Azry, Nasir, Fazizul, Azhar Samad dan Zali. Sedikit kata-kata penghargaan telah disampaikan oleh Presiden kelab dan beliau berharap agar ahli-ahli Kelab Mat Despatch Batu Pahat dapat bersatu serta memberikan sokongan kepada beliau dan rakan-rakan Jawatankuasa kelab yang lain. Presiden juga telah memberikan peluang kepada ahli untuk memberikan cadangan dalam majlis tersebut dan saudara Akmal telah mencadangkan agar Presiden dapat melantik se orang Penasihat Kelab. Saudara Akmal telah mencadangkan saudara Osman sebagai Penasihat Kelab dan telah dipersetujui secara sebulat suara oleh majlis.

Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli kelab telah berpakat untuk membuat lawatan ziarah kerumah saudara Effendi yang mana pada baru-baru ini telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan besi di kaki beliau kesan dari kemalangan yang dialami beliau tidak lama dulu. Maka majlis yang julung-julung ini secara rasminya berakhir pada pukul 4.15 petang.


Friday, July 9, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA KMDBP DAN MRSM BATU PAHAT.



Pasukan bola sepak KMDBP yang di jadualkan akan mengadakan perlawanan dengan Pejabat Kadi pada 13hb. Julai 2010 ini, telah sempat membuat satu perlawanan bola sepak dengan pasukan MRSM Batu Pahat pada 8hb. Julai, 2010 yang lepas di padang stadium batu pahat.

Jurulatih pasukan bola sepak KMDBP telah menurukan sebahagian pemain pelapis yang kini di kenali sebagai pasukan bola sepak KMDBP (B) untuk memberi peluang kepada mereka beraksi dipadang. Dalam 15 minti separuh masa pertama pasukan bola sepak KMDBP telah berjaya mendapatkan 1 gol daripada sepakan penalty yang dilakukan oleh Mohd Azhar Samad. Namun selang berapa minit kemudian pasukan bola sepak daripada MRSM dapat menjaringkan 1 gol membuatkan jaringan satu sama. Pasukan KMDBP (B) tidak berputus asa terus membuat serangan dan berjaya menambah 1 gol lagi yang dilakukan oleh Khairul Azly, namun pasukan bola sepak MRSM membuat serangan-serangan yang padu dan berterusan sehingga pemain KMDBP tidak dapat mematahkan serangan-serangan tersebut dan akhirnya pasukan bola sepak MRSM berjaya menambah jaringan sebanyak 3 gol lagi membuatkan pasukan MRSM 4 dan pasukan KMDBP 2.

Dengan pasukan KMDBP ketinggalan 2 gol, pada masa separuh masa kedua jurulatih KMDBP telah membuat rombakan pemain dengan menurunkan kesebelasan pemain-pemain utama KMDBP yang kini dikenali sebagai Pasukan bola sepak KMDBP (A). Dengan menurunkan kesebelasan pemain utama pasukan KMDBP telah berjaya menambah jaringan sebanyak 3 gol yang dilakukan oleh Mohd Salleh Nizam, Suzizul Hoqim Mohamad dan Khairil Faizi dan membuatkan pasukan bola sepak KMDBP menang, dengan keputusan pasukan bola sepak KMDBP 5 dan pasukan bola sepak MRSM 4. Namun begitu pasukan bola sepak daripada MRSM ternyata tidak kurang hebatnya kerana keseluruhan pemain-pemainnya boleh bermain dengan baik.



Thursday, July 8, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA KMDBP DAN PEJABAT KADI BATU PAHAT.



Satu lagi perlawanan bola sepak yang bakal di adakan pada 13hb. Julai, 2010 jam 5-30 petang bertempat di padang stadium Jalan Ampuan Batu Pahat diantara Pasukan Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan Pejabat Kadi Batu Pahat. Pihak kami telah mendapatkan kepastian daripada ketua pasukan KMDBP saudara Jalil yang menyatakan bahawa wakil daripada pejabat kadi telah mengesahkan kepada beliau bahawa pasukan bola sepak pejabat kadi telah bersetuju untuk perlawanan tersebut. Apabila pihak kami bertanyakan bagaimana keadaan pemain-pemain KMDBP untuk perlawanan tersebut, saudara Jalil menyatakan keadaan pemain-pemain dalam keadaan yang baik dari semua segi dan pada perlawanan itu nanti pemain-pemain kita akan membuat yang terbaik dan akan cuba pastikan kemenangan di pihak pasukan kita.

Semantara itu penolong jurulatih pasukan KMDBP saudara Nazaruddin menyatakan, sepertimana yang pernah saya katakan, bahawa pasukan kita telah bertambah baik dari semua segi, dan juga pemain-pemain simpanan dan pelapis kita telah menunjukan tahap yang memuaskan, ini berlaku kerana kita telah mengadakan banyak sesi latihan kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di perlawanan-perlawanan tertentu.