Saturday, July 10, 2010

"MEMARTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


"MEMERTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


Pada 10 Julai 2010 satu sejarah baru telah tercipta di bumi Batu Pahat apabila dengan julung-julung kalinya despatch-despatch daerah Batu Pahat telah bersatu dan membentuk kelab dan juga jawatankuasa untuk menerajui kelab. Pemilihan jawatankuasa adalah melalui pilihanraya dan Alhamdulillah pilihanraya tersebut telah berjalan dengan lancar.

Majlis yang bermula pada pukul 2.45 petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Penaja kelab iaitu saudara Fahmy. Sedikit sebanyak saudara Fahmy telah menceritakan tentang asal-usul kelab ini yang bermula dengan nama Persatuan Kakitangan Firma Guaman Batu Pahat. Oleh kerana pada hari ini ahli-ahli bukan sahaja terdiri di kalangan despatch-despatch guaman sahaja maka nama baru telah diberikan dan majlis telah bersetuju untuk menamakan kelab ini sebagai Kelab Mat Despatch Batu Pahat. Hadirin dimaklumkan matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menyatupadukan golongan yang berkerjaya sebagai despatch runner disamping menjaga sedikit sebanyak kebajikan ahli-ahli seandainya berlaku pekara yang tidak diingini.

Hasil daripada penamaan calon pada minggu-minggu yang lepas maka nama-nama yang layak bertanding telah diumumkan sekali lagi dalam majlis, akan tetapi disebabkan ketidakhadiran pencabar jawatan Presiden iaitu saudara Jemalizul maka Jawatankuasa Penaja Kelab yang diterajui oleh saudara Fahmy telah memutuskan jawatan untuk Presiden telah dimenangi oleh saudara Mohd. Nazir. Untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Biro Sukan dan Bendahari pengundian telah dijalankan untu k mencapai kata putus dan keputusan akhir untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan jatuh pada saudara Izwan Reza sebagai Naib Presiden menewaskan saudara Aziz. Jawatan Ketua Biro Sukan pula dimenangi oleh saudara Jalil menewaskan saudara Nazaruddin manakala jawatan Bendahari pula diungguli oleh saudara Alfian menewaskan dua pencabar lain iaitu saudara Nasir dan saudara Izwan Reza.

Di majlis itu juga Jawatankuasa kelab yang baru telah berbincang dan mencapai kata putus untuk melantik saudara Mohd. Fahmy sebagai Setiausaha kelab. Jawatankuasa juga telah melantik lima orang sebagai Ahli Jawatankuasa. Nama-nama mereka ialah saudara Hairul Azry, Nasir, Fazizul, Azhar Samad dan Zali. Sedikit kata-kata penghargaan telah disampaikan oleh Presiden kelab dan beliau berharap agar ahli-ahli Kelab Mat Despatch Batu Pahat dapat bersatu serta memberikan sokongan kepada beliau dan rakan-rakan Jawatankuasa kelab yang lain. Presiden juga telah memberikan peluang kepada ahli untuk memberikan cadangan dalam majlis tersebut dan saudara Akmal telah mencadangkan agar Presiden dapat melantik se orang Penasihat Kelab. Saudara Akmal telah mencadangkan saudara Osman sebagai Penasihat Kelab dan telah dipersetujui secara sebulat suara oleh majlis.

Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli kelab telah berpakat untuk membuat lawatan ziarah kerumah saudara Effendi yang mana pada baru-baru ini telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan besi di kaki beliau kesan dari kemalangan yang dialami beliau tidak lama dulu. Maka majlis yang julung-julung ini secara rasminya berakhir pada pukul 4.15 petang.


No comments:

Post a Comment