Tuesday, June 29, 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KMDBP.



Masa 11 hari diberi untuk calon-calon berkempen bagi merebut jawatan-jawatan yang telah dipertandingkan, ini bermakna Kelab Mat Despatch Batu Pahat akan bakal mempunyai jawatankuasa yang lengkap untuk mentadbir kelab dan sekali gus membawa kelab ini kesatu tahap yang lebih tinggi lagi dan menjadikan kelab ini berfungsi dengan lebih tersusun. Ini adalah harapan semua ahli-ahli kelab dan harapan itu disandarkan, dipertanggungjawabkan kepada bakal pentadbir Kelab Mat Despatch Batu Pahat. Bidang kerja pegawai Kelab Mat Despatch Batu Pahat adalah seperti berikut :-

PRESIDEN.

Menjadi pemimpin utama kepada Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pejalanannya, menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Kelab, berkuasa memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kelab dan menjadi Pengerusi Biro Sukan dan mempengerusikan mesyuaratnya.

TIMBALAN PRESIDEN.

Membantu tugas-tugas Presiden Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan Biro Sukan apabila Presiden Kelab tidak hadir.

SETIAUSAHA.

Bertanggungjawab kepada Presiden Kelab Mat Despatch Batu Pahat, bertanggungjawab di atas kesempurnaan perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan Mesyuarat Agung Kelab Mat Despatch Batu Pahat, Menyediakan dan membentangkan Laporan Tahunan Kelab Mat Despatch Batu Pahat kepada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan menyediakan, menyimpan minit Mesyuarat Agung Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan minit mesyuarat Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat.

BENDAHARI.


Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan urusan kewangan Kelab Mat Despatch Batu Pahat, membentangkan laporan kewangan apabila diminta oleh Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat, menyediakan Laporan Kewangan Tahunan Kelab Mat Despatch Batu Pahat untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan mengadakan usaha-usaha, dengan persetujuan Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat bagi mendapatkan dana untuk membiayai pentadbiran dan aktiviti Kelab Mat Despatch Batu Pahat.

KETUA BIRO SUKAN.

Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kegiatan sukan Kelab Mat Despatch Batu Pahat, mengemukakan laporan kegiatan sukan apabila diminta, kepada Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat dan mempunyai kuasa untuk melantik pembantu didalam Biro Sukan dengan persetujuan Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat.

Monday, June 28, 2010

NAMA-NAMA YANG LAYAK UNTUK BERTANDING JAWATAN TERTINGGI KMDBP.

Satu lagi sejarah yang bakal dipahat di dalam Daerah Batu Pahat, Johor apabila lahirnya satu pembentukan Ahli Jawatankuasa Kelab Mat Despatch tidak lama lagi. Semalam 28hb. Jun, 2010 adalah tarikh akhir untuk percalonan nama bagi jawatan-jawatan tertinggi kelab, dan hari ini kita akan ketahui secara sahnya siapa yang layak bertanding. Sebelum itu saya selaku jawatankuasa penaja kelab ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh mat despatch yang menyokong penubuhan kelab ini dan seterusnya menjadi ahli kelab mat despatch daerah batu pahat johor.

Sukacitanya saya maklumkan bahawa cara nama-nama yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatankuasa tertinggi kelab adalah seperti berikut, nama-nama yang mempunyai percalonan lebih daripada tiga undian akan layak bertanding bagi merebut jawatan yang disediakan dan nama-nama ini akan diundi sekali lagi pada 10hb. Julai, 2010. Ini untuk memastikan orang -orang yang dipilih adalah benar-benar layak untuk menguruskan kelab.

Dengan ini saya mengumumkan nama-nama yang layak untuk bertanding didalam pemilihan jawatan kelab adalah seperti di bawah -:

JAWATAN PRESIDEN.



NAMA : JEMALIZUL KAMARI
MAJIKAN : C.L.BOO & ASSOCIATES
JUMLAH PENCALO
NAN : 11



NAMA : MOHD NAZIR ABD MAJID
MAJIKAN : C.K.LIM
JUMLAH PENCALONAN : 4


JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN.




NAMA : AZIZ SULAIMAN
MAJIKAN : K.C.LEE
JUMLAH PENCALONAN : 4



NAMA : IZWAN REZA RAHMAT
MAJIKAN : ADRI HISHAM
JUMLAH PENCALONAN : 9


JAWATAN BENDAHARI




NAMA : ALFIAN MUNIRAN
MAJIKAN : MICHAEL CHONG
JUMLAH PENCALONAN : 12



NAMA : MOHD NASIR ATAN
MAJIKAN : T.K.C
JUMLAH PENCALONAN : 4



NAMA : IZWAN REZA RAHMAT
MAJIKAN : ADRI HISHAM
JUMLAH PENCALONAN : 7


JAWATAN KETUA BIRO SUKAN.



NAMA : ABDUL JALIL REPIN
MAJIKAN : K.C.LEE
JUMLAH PENCALONAN : 18



NAMA : NAZARUDDIN SAMIAN
MAJIKAN : T.K.LIM
JUMLAH PENCALONAN : 5


Saya dengan ini mengucapkan taniah kepada semua calon-calon yang terpilih dan harapan saya agar dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada anda dengan baik.

Sunday, June 27, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA TELEKOM BATU PAHAT DAN KMDBP




Pada 26hb. Jun, 2010 hari sabtu jam 5-00 petang bertempat di padang sekolah teknik batu pahat yang lalu pasukan KMDBP telah mengadakan satu perlawanan bersama Telekom Malaysia Daerah Batu Pahat, Johor, perlawanan ini diadakan bertujuan untuk melihat dan mengetahui sejauh mana kepakaran pemain-pemain simpanan dan pemain-pemain pelapis KMDBP. Pasukan KMDBP tewas kepada pasukan TELEKOM. KMDBP- 2 TELEKOM - 3.

Kapten pasukan KMDBP En. Abd Jalil Ripin memberitahu bahawa pada petang ini kita tidak akan menurunkan pemain-pemain utama kita, kerana ingin memberi peluang kepada pemain-pemain yang berada di bangku simpanan dan juga pemain-pemain pelapis kita. Ini membolehkan saya menilai tahap prestasi mereka. Kita tidak boleh terus mengharapkan kepada pemain-pemain utama kita kerana jikalau mereka cedera tidak dapat bermain dalam jangka masa yang panjang ini akan menimbulkan masalah kepada pasukan KMDBP dan dengan itu saya kenalah memastikan bahawa pemain-pemain yang lain dapat bermain dengan baik. Walaupun hari ini kita kalah saya berpuashati dengan corak pemainan mereka hanya perlu diperbaiki dari segi mental dan cara pergerakan permainan mereka.

Sementara itu penolong jurulatih En. Nazaruddin Samian berkata, kita sebenarnya mempunyai banyak pemain-pemain pelapis, namun sebelum ini kita tidak berkesempatan untuk melihat corak dan bentuk pemainan mereka dan kerana itu kita tidak menurunkan mereka ini dipadang, tapi kini kita akan lakukan nya untuk memberi peluang kepada pemain-pemain pelapis ini beraksi. Buktinya petang ini seperti mana yang kepten pasukan katakan kita tidak menurukan pemain-pemain utama kita dan hanya menurunkan pemain-pemain simpanan dan pelapis saja.

Walaupun pasukan kita tewas kepada pasukan telekom namun kata pujian harus diberikan kepada mereka kerana walaupun hanya menurunkan pamain daripada bangku simpanan dan daripada pelapis kita hanya kalah satu gol saja. TANIAH PASUKAN BOLA SEPAK KMDBP teruskan berusaha sehingga menjadi satu pasukan yang bakal disegani di daerah ini.




Thursday, June 24, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK DIANTARA KMDBP DAN PDRM BATU PAHAT DI TUNDA.



Perlawanan bola sepak persahabatan diantara pasukan KMDBP dan PDRM Batu Pahat yang dijadualkan pada 29hb. Jun, 2010 tidak menjadi kenyataan apabila pihak PDRM batu pahat menghantar surat penolakan bertarikh 21hb. Jun, 2010. Pihak PDRM batu pahat membuat penolakan tersebut disebabkan pasukanya kesibukan tugas.

Menurut kapten pasukan KMDBP en. Abd Jalil Ripin ketika dihubungi berkata, beliau agak kecewa kerana perlawanan ini memang dinanti-nantikan oleh pemain-pemain dan juga penyokong-penyokong KMDBP kerana pasukan bola sepak PDRM sememangnya adalah salah satu pasukan yang kuat di dalam daerah batu pahat tetapi beliau akur dengan penolakan ini disebabkan kesibukan tugas untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk-penduduk di daerah batu pahat adalah lebih penting, namun begitu beliau berharap pada masa-masa hadapan dapat juga bertemu dengan pasukan PDRM batu pahat untuk menguji pasukan KMDBP.

Monday, June 21, 2010

TARIKH TUTUP PENCALONAN NAMA DAN TARIKH UNDIAN DI PINDA.



Untuk makluman semua, tarikh tutup pencalonan nama dan tarikh undian telah dipinda kepada tarikh yang baru, pindaan ini terpaksa dilakukan kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakan. Sehubungan itu pihak jawatankuasa penaja Kelab Mat Despatch Batu Pahat telah menetapkan tarikh akhir bagi pencalonan nama dibuat pada 28hb. Jun, 2010 pada hari Isnin jam 5-00 petang. Mana kala tarikh baru undian telah dipinda kepada 10hb. Julai, 2010 hari sabtu jam 2-00 petang dan tempat undian tidak berubah. Nama-nama yang layak untuk bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi kelab akan disiarkan kepada tatapan umum dan didalam blog KMDBP pada 29hb. Jun, 2010. Calon-calon masih dibenarkan untuk berkempen selama 11 hari daripada tarikh nama calon disiarkan kepada tatapan umum dan didalam blog KMDBP.

Pihak jawatankuasa penaja kelab memohon maaf kepada semua diatas kesulitan yang dialami.

Saturday, June 19, 2010

TARIKH TUTUP PENCALONAN NAMA DAN TARIKH UNDIAN DIJALANKAN.



Tarikh akhir untuk pencalonan nama bagi jawatan –jawatan tertinggi kelab mat despatch batu pahat adalah pada 21hb. Jun, 2010 hari isnin jam 5-00 petang. Mana-mana ahli yang masih lagi belum menyerahkan borang pencalonan nama diminta menghantar kepada setiausaha penaja kelab saudara fahmy selewat-lewatnya pada tarikh dan masa seperti diatas. Kiran akan dijalakan pada 22hb. Jun, 2010 hari selasa, dan nama-nama yang layak untuk dipertandingkan bagi merebut jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Bendahari dan Ketua Biro Sukan akan disiarkan didalam blog ini untuk tatapan umum pada tarikh yang sama ini bertujuan agar bakal calon dapat bersiap sedia untuk berkempen. Calon-calon yang layak bertanding hanya di berikan masa untuk berkempen selama 11 hari daripada tarikh nama calon disiarkan di dalam blog. Tarikh mengundi pula telah ditetapkan pada 3hb. Julai, 2010 hari sabtu jam 2-00 petang bertempat di Tetuan Mohd Razip Bin Mohamad Edros Pelelong Berlesin (Licenced Auctioneer) No. 3A Tingkat 1, Jalan Timah Sari, Taman Kenangan Dato Oon, 83000 Batu Pahat, Johor.

Semua ahil di ingatkan dapat menghadirkan diri awal ke tempat membuang undi untuk memastikan perjalanan undian dapat berjalan dengan lancar dan mempastikan calon-calon yang anda pilih berjaya mendapat undian yang banyak. Penentu masa depan Kelab Mat Despatch Batu Pahat di tangan anda.

Friday, June 18, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA



Di Malaysia 20hb. Jun adalah HARI BAPA. Hari Bapa disambut pada hari yang berbeza-beza diseluruh dunia. Hari Bapa hanya mula di ilhamkan selepas adanya Hari Ibu dalam tahun 1909 dan Hari Bapa pertama ialah pada 19 JUN 1910 tetapi perayaan sambutan pertama dirasmikan oleh Presiden Amerika Lyndon B. Johnson dalam tahun 1966. Mungkin itu penyebab Hari Bapa (Father’s Day) ini tidak sepopular Hari Ibu (Mother’s Day) walaupun konsepnya atau tujuannya mungkin sama iaitu memberi peluang kepada insan bergelar BAPA diingati dan dihargai. Cara mengingati dan menghargai pula tentunya berbeza-beza bergantung kepada keadaan dan situasi walaupun status BAPA itu adalah sama walau dimana dan dalam keadaan apa pun. Kenyataannya siapa saya kalau bukan kerana BAPA. Sempena Hari Bapa Hari ini saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap BAPA saya yang saya hormati dan kasihi. Teringat saya bagaimana Bapa memberi kata nasihat, teguran dan pesanan mu, Bapa adalah sangat perihatin akan masa depan saya yang lebih baik. Dan kini saya telah mempunyai anak dan tentunya harapan saya SAMA dengan harapan BAPA terhadap saya dahulu, antaranya kalau boleh saya nukilkan membawa pengertian supaya ingat bahawa tanggungjawab pertama adalah belajar dan menjadi orang yang terdidik kerana kejayaan dalam apa bidang pun tidak akan diperolehi tanpa ilmu asas, pendidikan serta amalan membaca menjadikan sesorang boleh membuat keputusan sendiri dan melihat masa depan dengan penuh harapan dan keyakinan. Pastinya dengan adanya harapan itu biasanya akan melahir serta merangsang ketekunan dan komitmen yang tinggi. Dengan itu saya sentiasa mengingati segala kebaikan BAPA, budi yang tidak mungkin dapat dibayar dengan apacara sekali pun. Tanpamu tentu saya juga tiada disini hari ini.

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA – HAPPY FATHER’S DAY TO ALL

DARIPADA KELAB MAT DESPATCH BATU PAHAT.

Monday, June 14, 2010

PEMILIHAN JAWATANKUASA TERTINGGI KELAB MAT DESPATCH BATU PAHAT JOHOR.



Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada semua bahawa Kelab Mat Despatch Batu Pahat akan mengadakan satu mesyuarat untuk memilih jawatankuasa tertinggi kelab pada bila-bila masa sahaja. Jawatankuasa yang bakal dipilih nanti akan tentukan perjalanan dan masa dapan kelab termasuk kesemua ahlinya. Dari itu kepada semua yang bakal membuat pilihan dan akan memberi undian anda buatlah pilihan yang tepat dan berilah undian anda pada yang benar-benar layak dan yang benar-benar iklas untuk berkerja di atas nama kelab.

Kita juga telah sedia maklum bahawa Kelab Mat Despatch ini pada awalnya hanya satu impian dan mainan kata-kata, namun hari ini impian dan mainan kata-kata itu bakal menjadi kenyataan dan kenyataan itu menjadi nyata kerana sepakatan, kesungguhan dan keyakinan pada semua yang yang bergelar MAT DESPATCH di daerah ini, dan kerana itu marilah kita bersatu hati dan satu suara untuk melaksanakanya. Ada orang yang sangka kerjaya sebagai mat despatch ini hanya satu kerjaya yang mudah, namun pandangan itu sama sekali tidak benar, kerjaya ini adalah satu kerjaya yang sangat mencabar kerana akan berdepan dengan apa jua rintangan semasa menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan, dan adalah salah satu yang amat penting di dalam satu-satu pentabiran, kerana mat despatch adalah mata, telinga, tangan dan kaki di dalam satu-satu pentadbiran dan jika mat despatch tiada maka akan lumpuhlah pentadbiran itu. Dan dengan adanya kelab ini dan bakal jawatankuasa yang akan diberikan kepercayaan untuk menguruskan kelab ini dapat menaik kan nama despatch.

Kepada semua yang bertugas sebagai DESPATCH yang ada di luar sana dapat memberikan sokongan yang padu kepada kelab ini dengan menjadi ahlinya. KELAB MAT DESPATCH BOLEH............

Sunday, June 13, 2010

KONVOI KE MAJLIS PERKAHWINAN.


Mat Despatch bergambar dengan pengantin.

Pada 12hb. Jun, 2010 sebanyak 8 buah kereta daripada Kelab Mat Despatch telah berkonvoi ke majlis perkahwinan saudari sarina di sungai nibung semerah batu pahat, kami sampai di sana lebih kurang jam 2-10 petang kehadiran kami telah disambut oleh salah seorang daripada keluarga saudari sarina Mat despatch sempat mengambil gambar semasa di sana untuk dimuatkan ke blog ini. Kami mendoakan agar pn. sarina dan suami akan hidup dengan bahagia aman dan dikurnakan cahaya mata yang comel-comel.



Saturday, June 12, 2010

BOLA SEPAK, KMDBP -VS- PTD BP


Ketua pasukan En. Jalil sedang menyerahkan cenderahati kepada pegawai PTD En. Hisam B. said.


Pada 7hb, Jun, 2010 yang lepas pasukan bola sepak KMDBP telah berjaya mengkalahkan pasukan PTD BP dengan jumlah jaringan gol 8 berbalas 1. Menurut kapten pasukan KMDBP en. Abd Jalil Ripin, walaupun pasukan berjaya menewaskan pasukan PTD pada petang ini dengan jaringan gol yang banyak,namun masih ada terdapat kelemahan-kelemahan pada pemain-pemain yang harus segera diperbaiki, ini kerana pasukan bola sepak KMDBP masih baru lagi ditubuhkan, namun begitu pasukan ini telah banyak membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan yang kuat dan yang sudah mempunyai nama untuk memantapkan lagi pasukan ini. Jaringan gol pada separuh masa pertama di lakukan oleh apis, badul, tiung dan saudara jalil. Dan pada separuh masa ke dua jaringan di lakukan oleh sekali lagi apis, nazir, nasir dan molok. Penjaga gol KMDBP pada separuh masa pertama adalah saudara azhar dan pada separuh masa kedua saudara akbar.Saya mengucapkan taniah kepada semua pemain-pemain di atas kejayaan ini dan harap dapat dikekalkan.




Ketua pasukan sedang menyusun pemain-pemain.



Pemain-pemain KMDBP


Pemain-pemain KMDBP dan PTD BP .