Di Malaysia 20hb. Jun adalah HARI BAPA. Hari Bapa disambut pada hari yang berbeza-beza diseluruh dunia. Hari Bapa hanya mula di ilhamkan selepas adanya Hari Ibu dalam tahun 1909 dan Hari Bapa pertama ialah pada 19 JUN 1910 tetapi perayaan sambutan pertama dirasmikan oleh Presiden Amerika Lyndon B. Johnson dalam tahun 1966. Mungkin itu penyebab Hari Bapa (Father’s Day) ini tidak sepopular Hari Ibu (Mother’s Day) walaupun konsepnya atau tujuannya mungkin sama iaitu memberi peluang kepada insan bergelar BAPA diingati dan dihargai. Cara mengingati dan menghargai pula tentunya berbeza-beza bergantung kepada keadaan dan situasi walaupun status BAPA itu adalah sama walau dimana dan dalam keadaan apa pun. Kenyataannya siapa saya kalau bukan kerana BAPA. Sempena Hari Bapa Hari ini saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap BAPA saya yang saya hormati dan kasihi. Teringat saya bagaimana Bapa memberi kata nasihat, teguran dan pesanan mu, Bapa adalah sangat perihatin akan masa depan saya yang lebih baik. Dan kini saya telah mempunyai anak dan tentunya harapan saya SAMA dengan harapan BAPA terhadap saya dahulu, antaranya kalau boleh saya nukilkan membawa pengertian supaya ingat bahawa tanggungjawab pertama adalah belajar dan menjadi orang yang terdidik kerana kejayaan dalam apa bidang pun tidak akan diperolehi tanpa ilmu asas, pendidikan serta amalan membaca menjadikan sesorang boleh membuat keputusan sendiri dan melihat masa depan dengan penuh harapan dan keyakinan. Pastinya dengan adanya harapan itu biasanya akan melahir serta merangsang ketekunan dan komitmen yang tinggi. Dengan itu saya sentiasa mengingati segala kebaikan BAPA, budi yang tidak mungkin dapat dibayar dengan apacara sekali pun. Tanpamu tentu saya juga tiada disini hari ini.
SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA – HAPPY FATHER’S DAY TO ALL
DARIPADA KELAB MAT DESPATCH BATU PAHAT.
No comments:
Post a Comment