Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, “Usaha ini adalah untuk menyokong objektif Kerajaan meningkatkan kualiti hidup Rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia. Ahli kini berpeluang merealisasikan impian mereka untuk memiliki kediaman yang lebih baik buat keluarga menerusi kelayakan pinjaman yang lebih tinggi.”
“Tambahan pula, ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ tidak akan menjejaskan simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan dari KWSP,” jelas Tan Sri Azlan.
Kemudahan ini terbuka kepada ahli yang belum berumur 54 tahun semasa permohonan dibuat dan ia mesti dibuat bersama-sama dengan permohonan untuk Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP.
Bagi kemudahan ini, ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ dan diikuti oleh pindahan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut.
Simpanan yang telah diasingkan di bawah ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ tidak boleh dikeluarkan atau digunakan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan lain seperti Perumahan, Pendidikan, Kesihatan dan Umur 50 Tahun sebelum tamat tempoh kemudahan pengeluaran ini.
Bagaimanapun, ahli boleh menggunakan simpanan dalam Akaun 2 sekiranya masih mempunyai baki untuk pengeluaran pra-persaraan lain. Setiap permohonan perlu dikemukakan oleh ahli sendiri kepada insititusi kewangan di mana mereka memohon pinjaman perumahan tersebut. Setiap borang permohonan kemudiannya akan dihantar kepada KWSP oleh ibu pejabat institusi kewangan yang mengambil bahagian.
“Setakat ini, Maybank dan Public Bank telah mengesahkan penyertaan mereka dan telah bersedia untuk melaksanakan ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ dan KWSP menjangkakan lebih banyak bank akan turut serta kelak,” kata Tan Sri Azlan.
Ahli yang ingin membatalkan ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ boleh berbuat demikian hanya selepas satu tahun dari tarikh kemudahan tersebut diluluskan dan perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada insititusi kewangan berkenaan. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, sila kunjungi cawangan KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.
PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
A. TUJUAN
1. Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
2. Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.
3. Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.
B. PERMOHONAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
B1. SYARAT‐SYARAT KELAYAKAN ‐ PERMOHONAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Syarat‐Syarat Asas:
a. Kelayakan untuk memohon kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah tertakluk kepadakelayakan ahli memohon Pengeluaran Membeli/Membina Rumah di bawah Pengeluaran Perumahan KWSP sedia ada.
b. Pemohon merupakan seorang pembeli / membina rumah dan mengambil pinjaman perumahan.
c. Hanya satu (1) unit rumah yang boleh dibuat pada satu‐satu masa, tertakluk kepada kelayakan pengeluaran perumahan.
d. Tempoh minimum simpanan satu (1) tahun.
e. Tempoh maksimum tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau tarikh akhir hadangan simpanan atau umur 55 tahun (yang mana terdahulu).
2. Kewarganegaraan:
a. Warganegara Malaysia; ATAU
b. Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
c. Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
3. Umur:
Belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
4. Harta Dan Pinjaman:
a. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ ‘studio apartment’/ ‘service apartment’/ ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman; ATAU
b. Membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri;
DAN
c. Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana‐mana Institusi Kewangan yang diluluskan.
Anda tidak layak sekiranya:
i. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
ii. Mengubahsuai, membaiki/membuat kerja‐kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
iii. Membeli/membina rumah di luar negara
iv. Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing)
5. Amaun Hadangan Simpanan & Pindahan Yang Dipohon:
a. Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan.
b. Pindahan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut:
i. Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli); ATAU
ii. Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja.
c. Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih semasa memohon.
B2. CARA MEMOHON PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Mendapatkan pengesahan pihak Institusi Kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian / pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel.
2. Serahan permohonan melalui Institusi Kewangan.
3. Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama‐sama dengan:
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah, ATAU
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
4. Keperluan dokumen adalah seperti di Jadual 1:
Jadual 1: Senario Kelayakan Dan Keperluan Dokumen
Permohonan Kali Pertama
tus Pengeluaran Dokumen Yang Diperlukan
1 Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan
Baki Pinjaman Perumahan
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
2 Ahli pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan TETAPI telah hilang pemilikan rumah tersebut
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
iii) Dokumen / Bukti Hilang Pemilikan Harta
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
3 Ahli pernah membuat Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman Membantu Pasangan dan / atau Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
Bil Status Pengeluaran Dokumen Yang Diperlukan
4 Ahli pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan Ahli tidak layak untuk membuat Pengeluaran Perumahan Fleksibel Permohonan Kali Kedua Dan Seterusnya
Bil Jenis Harta Dokumen Yang Diperlukan
1 Harta yang sama a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Baki Pinjaman Bank
c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
2 Harta yang berbeza a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
iii) Dokumen / Bukti Hilang Pemilikan Harta
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
B3. BAGAIMANA DENGAN AMAUN HADANGAN SIMPANAN YANG TELAH DIBUAT
1. Apabila hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan simpanan/caruman dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan bagi tujuan pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatandan pengeluaran umur 50 tahun. Bagaimanapun, simpanan/caruman yang tidak dihadang dalam Akaun 2 masih boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
2. Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada Institusi Kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP.
3. Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan. Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli.
4. Amaun hadangan simpanan di dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel akan dilepaskan sekiranya:
a. Ahli telah mencapai umur 55 tahun; ATAU
b. Ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara ,Pengeluaran
Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen; ATAU
c. Waris/Penama ahli membuat Pengeluaran Kematian
C. PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
C1. SYARAT‐SYARAT KELAYAKAN PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Tempoh hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel telah melebihi satu (1) tahun; DAN
2. Mendapat persetujuan dan kebenaran pihak Institusi Kewangan
C2. CARA MEMOHON PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Menggunakan Borang Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel ‐ KWSP 9Q(2) yang boleh diperolehi di Institusi Kewangan.
2. Mendapatkan persetujuan dan kebenaran pihak Institusi Kewangan untuk permohonan pembatalan.
3. Serahan permohonan melalui Institusi Kewangan.
4. Keperluan dokumen adalah seperti di Jadual 2:
Jadual 2: Senario Kelayakan Dan Keperluan Dokumen
Bil Jenis Pembatalan Dokumen Yang Diperlukan
1 Pembatalan sahaja a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
2 Pembatalan+Pengeluaran a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Baki Pinjaman Perumahan
3 Pembatalan + Pengeluaran +
Permohonan Semula Pengeluaran Perumahan Fleksibel (untuk harta yang sama)
a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) PengeluaranMengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) SuratPengesahan Baki Pinjaman Perumahan
c) Permohonan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
D. PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Perumahan
Fleksibel, sila hubungi:
• Mana‐mana cawangan KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03‐8922 6000.
• Enquiry : http://enquiry.kwsp.gov.my/
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP.