Tuesday, July 27, 2010

MENGADAKAN PERTANDINGAN BOWLING ANTARA AHLI-AHLI KDBP.



Timbalan Presiden Kelab Despatch Batu Pahat, Johor En. Izwan Reza Rahmat hari ini telah membuat perbincangan dengan beberapa ahli jawatankuasa untuk mengadakan satu pertandingan bowling dikalangan ahli-ahli kelab sahaja. Beliau yang dihubungi berkata ini adalah cadangan saya saja dan saya telah memberi tahu kepada ahli jawatankuasa tentang perkara ini maka saya serahkan perkara itu kepada ketua biro sukan en. Abdul Jalil Repin untuk membuat kertas kerja dan dibentangkan kepada semua ahli jawatankuasa kelab untuk mendapatkan kelulusan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi di kalangan ahli-ahli diantara satu sama lain.

Menurut kata beliau lagi, jika cadangan saya itu diluluskan oleh semua ahli jawatankuasa pertandingan dijangkaan diadakan pada 7hb. Ogos, 2010 jam 3-00 petang dan bertempat di BP MALL jalan Kluang Batu Pahat, Johor, apa-apa pun kita tunggulah keputusan daripada ahli jawatankuasa dulu, yang penting saya telah kemukakan kepada ketua biro sukan saudara Abdul Jalil Repin. Ketua biro sukan yang dihubungi berkata, saya baru saja diberi tahu tentang pertandingan ini dan saya akan siapkan laporan-laporan yang berkenaan seberapa segera dan akan saya majukan kepada setiausaha kelab untuk mendapatkan kelulusan daripada semua ahli jawatankuasa kelab. Pada saya cadangan timbalan presiden saudara Izwan Riza Rahmat untuk mengadakan pertandangan ini untuk merapatkan lagi hubungan dikalangan ahli-ahli kelab memang baik dan saya akan memberi sokongan untuk menjayakan cadangan beliau.

Di bawah adalah gambar BP MALL BOWLING dimana tempat cadangan pertandingan akan di adakan. Di harapkan apabila cadangan ini mendapat kelulusan ahli jawatankuasa kelab, ahli-ahli dapat memberikan sokongan anda dengan cara mendaftarkan diri sebagai pemain.




Saturday, July 17, 2010

MESYUARAT PERTAMA AJK KDBP.

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Mat Despatch Batu Pahat Johor telah dijalankan dengan sempurna pada hari ini 17-7-10 dengan kesemua AJK hadir kecuali dua orang iaitu saudara Mohd Azhar B. Samad di sebabkan beliau tidak sihat dan saudara Khairul Azry B. Karsin disebabkan menguruskan kenduri. Walaubagaimana pun mesyuarat pertama kali ini juga dihadari oleh saudara Mohd Azlan B. Nordin daripada Kesatuan Kebangsaan Perkerja-Perkerja Bank sebagai pemerhati mesyuarat.

Di dalam mesyuarat yang pertama ini AJK telah membincangkan beberapa perkara dan telah berjaya mendapat kata sepakat untuk perkara-perkara tersebut, antaranya adalah nama Kelab akan dipinda kepada KELAB DESPATCH BATU PAHAT JOHOR, Logo kelab dan motonya juga akan turut dipinda. Pindaan-pindan ini dilakukan kerana mahu menjadi kelab ini lebih koprat dan lebih baik agar setanding dengan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang ada didalam daerah batu pahat johor.

Dengan itu pihak AJK telah bersetuju untuk membuka kepada ahli-ahli yang boleh menyumbangkan fikiran untuk mencipta logo dan moto baru bagi kelab ini, masa yang diberikan hanya 3 minggu daripada tarikh mesyuarat diadakan ini kerana semua logo-logo akan di pilih dan yang terbaik pula akan di jadikan logo kelab dan akan dimasukan ke dalam undang-undang kelab untuk didaftarkan di Pejabat Pertubuhan. Dibahagian sukan pula ketua biro sukan saudara jalil telah pun membuat pindaan yang terakhir untuk senarai nama-nama pemain pasukan bola sepak dan telah mencadangkan untuk membuka kotar pemain-pemain import seramai 3 orang ,kota pemain-pemain import dicadangkan disebabkan untuk menambahkan lagi kekuatan pasukan bola sepak kelab, dan pindaan nama-nama pemain berserta cadangan itu telah dipersetujui oleh jawatankuasa.

Dengan berlakunya pindan-pindan ini diharapkan kelab ini nanti akan lebih baik dan menampakkan kepada ahli-ahlinya bahawa bertapa komitednya ahli jawatankuasa untuk mempastikan kelab ini benar-benar menjadi salah satu kelab yang terbaik. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 2-30 petang telah tangguhkan oleh presiden pada jam 4-40 petang.

Wednesday, July 14, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA KMDBP DAN PEJABAT KADI BATU PAHAT.



Pada 13hb. Julai, 2010 yang lepas pasukan bola sepak Kelab Mat Despatch Batu Pahat telah bertemu dengan pasukan bola sepak Pejabat Kadi Batu Pahat di padang stadium Jalan Ampuan Batu Pahat. Pada perlawanan kali ini jurulatih pasukan KMDBP telah menurunkan pemain-pemain ke sebelasan utama untuk menghadapi pasukan daripada Pejabat Kadi namun apa yang lebih istimewa adalah pasukan bola sepak KMDBP buat pertama kalinya menyarungkan jersey berwarna biru gelap dan seluar berwarna merah putih yang baru ditaja oleh seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai 1 three eight.

Dengan penuh semangat pemain-pemain bermain bersungguh-bersungguh untuk membuktikan kepada penaja bahawa pasukan bola sepak KMDBP boleh menjadi yang terbaik di dalam daerah ini. Dengan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi maka pasukan bola sepak KMDBP telah berjaya menumpaskan pasukan bola sepak Pejabat Kadi dengan 6 gol tanpa balas. Jaringan telah dilakukan pada masa pertama oleh saudara Apis dan saudara Salleh dan pada masa kedua pula jaringan telah dilakukan oleh saudara Khairul Azry Karsin, Izwan Reza Rahmat, Azlan Karsin dan saudara Suzizul Hoqim Mohamad.

Kami di pasukan KMDBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja 1 three eight yang telah menaja jersey bola sepak kami, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU BOLEH TAJA LAGI.



Saturday, July 10, 2010

"MEMARTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


"MEMERTABATKAN KERJAYA DESPATCH KE ARAH YANG LEBIH BAIK DAN PROFESSIONAL".


Pada 10 Julai 2010 satu sejarah baru telah tercipta di bumi Batu Pahat apabila dengan julung-julung kalinya despatch-despatch daerah Batu Pahat telah bersatu dan membentuk kelab dan juga jawatankuasa untuk menerajui kelab. Pemilihan jawatankuasa adalah melalui pilihanraya dan Alhamdulillah pilihanraya tersebut telah berjalan dengan lancar.

Majlis yang bermula pada pukul 2.45 petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Penaja kelab iaitu saudara Fahmy. Sedikit sebanyak saudara Fahmy telah menceritakan tentang asal-usul kelab ini yang bermula dengan nama Persatuan Kakitangan Firma Guaman Batu Pahat. Oleh kerana pada hari ini ahli-ahli bukan sahaja terdiri di kalangan despatch-despatch guaman sahaja maka nama baru telah diberikan dan majlis telah bersetuju untuk menamakan kelab ini sebagai Kelab Mat Despatch Batu Pahat. Hadirin dimaklumkan matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menyatupadukan golongan yang berkerjaya sebagai despatch runner disamping menjaga sedikit sebanyak kebajikan ahli-ahli seandainya berlaku pekara yang tidak diingini.

Hasil daripada penamaan calon pada minggu-minggu yang lepas maka nama-nama yang layak bertanding telah diumumkan sekali lagi dalam majlis, akan tetapi disebabkan ketidakhadiran pencabar jawatan Presiden iaitu saudara Jemalizul maka Jawatankuasa Penaja Kelab yang diterajui oleh saudara Fahmy telah memutuskan jawatan untuk Presiden telah dimenangi oleh saudara Mohd. Nazir. Untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Biro Sukan dan Bendahari pengundian telah dijalankan untu k mencapai kata putus dan keputusan akhir untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan jatuh pada saudara Izwan Reza sebagai Naib Presiden menewaskan saudara Aziz. Jawatan Ketua Biro Sukan pula dimenangi oleh saudara Jalil menewaskan saudara Nazaruddin manakala jawatan Bendahari pula diungguli oleh saudara Alfian menewaskan dua pencabar lain iaitu saudara Nasir dan saudara Izwan Reza.

Di majlis itu juga Jawatankuasa kelab yang baru telah berbincang dan mencapai kata putus untuk melantik saudara Mohd. Fahmy sebagai Setiausaha kelab. Jawatankuasa juga telah melantik lima orang sebagai Ahli Jawatankuasa. Nama-nama mereka ialah saudara Hairul Azry, Nasir, Fazizul, Azhar Samad dan Zali. Sedikit kata-kata penghargaan telah disampaikan oleh Presiden kelab dan beliau berharap agar ahli-ahli Kelab Mat Despatch Batu Pahat dapat bersatu serta memberikan sokongan kepada beliau dan rakan-rakan Jawatankuasa kelab yang lain. Presiden juga telah memberikan peluang kepada ahli untuk memberikan cadangan dalam majlis tersebut dan saudara Akmal telah mencadangkan agar Presiden dapat melantik se orang Penasihat Kelab. Saudara Akmal telah mencadangkan saudara Osman sebagai Penasihat Kelab dan telah dipersetujui secara sebulat suara oleh majlis.

Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli kelab telah berpakat untuk membuat lawatan ziarah kerumah saudara Effendi yang mana pada baru-baru ini telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan besi di kaki beliau kesan dari kemalangan yang dialami beliau tidak lama dulu. Maka majlis yang julung-julung ini secara rasminya berakhir pada pukul 4.15 petang.


Friday, July 9, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA KMDBP DAN MRSM BATU PAHAT.



Pasukan bola sepak KMDBP yang di jadualkan akan mengadakan perlawanan dengan Pejabat Kadi pada 13hb. Julai 2010 ini, telah sempat membuat satu perlawanan bola sepak dengan pasukan MRSM Batu Pahat pada 8hb. Julai, 2010 yang lepas di padang stadium batu pahat.

Jurulatih pasukan bola sepak KMDBP telah menurukan sebahagian pemain pelapis yang kini di kenali sebagai pasukan bola sepak KMDBP (B) untuk memberi peluang kepada mereka beraksi dipadang. Dalam 15 minti separuh masa pertama pasukan bola sepak KMDBP telah berjaya mendapatkan 1 gol daripada sepakan penalty yang dilakukan oleh Mohd Azhar Samad. Namun selang berapa minit kemudian pasukan bola sepak daripada MRSM dapat menjaringkan 1 gol membuatkan jaringan satu sama. Pasukan KMDBP (B) tidak berputus asa terus membuat serangan dan berjaya menambah 1 gol lagi yang dilakukan oleh Khairul Azly, namun pasukan bola sepak MRSM membuat serangan-serangan yang padu dan berterusan sehingga pemain KMDBP tidak dapat mematahkan serangan-serangan tersebut dan akhirnya pasukan bola sepak MRSM berjaya menambah jaringan sebanyak 3 gol lagi membuatkan pasukan MRSM 4 dan pasukan KMDBP 2.

Dengan pasukan KMDBP ketinggalan 2 gol, pada masa separuh masa kedua jurulatih KMDBP telah membuat rombakan pemain dengan menurunkan kesebelasan pemain-pemain utama KMDBP yang kini dikenali sebagai Pasukan bola sepak KMDBP (A). Dengan menurunkan kesebelasan pemain utama pasukan KMDBP telah berjaya menambah jaringan sebanyak 3 gol yang dilakukan oleh Mohd Salleh Nizam, Suzizul Hoqim Mohamad dan Khairil Faizi dan membuatkan pasukan bola sepak KMDBP menang, dengan keputusan pasukan bola sepak KMDBP 5 dan pasukan bola sepak MRSM 4. Namun begitu pasukan bola sepak daripada MRSM ternyata tidak kurang hebatnya kerana keseluruhan pemain-pemainnya boleh bermain dengan baik.